Kota Iskandar, Johor
Kota Iskandar, Johor

Kota Iskandar, Johor

Kota Iskandar (dahulu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor) atau juga digelar "Permata Mahkota" merupakan pusat pentadbiran baharu bagi kerajaan negeri Johor yang terletak di Iskandar Puteri. Pembangunan Kota Iskandar merupakan fasa pertama dalam projek Iskandar Puteri yang sebahagian daripada perojek pembangunan Iskandar Malaysia. Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato' Jaafar Muhammad) disamping kawasan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Negeri.[1]Kota Iskandar dibangunkan oleh Cahaya Jauhar Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Johor melalui usahasama Pejabat Setiausaha Negeri Johor (JSSI) dan sebuah syarikat GLC, UEM Land Berhad. Diilhamkan daripada seni bina di Istana Alhambra, seni bina bangunan di Kota Iskandar mengandungi ciri-ciri Moor-Andalusia dan Melayu-Johor dimana semua bangunan dibina menghadap kiblat.[1] Bangunan di situ juga mendapat pengaruh daripada seni bina Bugis, Jawa, Belanda, British dan kumpulan etnik peribumi tempatan.[2]